Saturday, 4 June 2016

Penganjur Saman Search RM1.5 Juta

Amrul Nizar Anuar memberi tempoh 14 hari kepada kumpulan rock legenda tersebut untuk memohon maaf secara terbuka. - Foto Astro Gempak


PENGANJUR Konsert Search 35, AFJets Sdn Bhd menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta daripada kumpulan Search kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Sehubungan itu Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar memberi tempoh 14 hari kepada kumpulan rock legenda tersebut untuk memohon maaf secara terbuka kerana memberi kenyataan tidak benar dan melanggar memorandum persefahaman dengan menamatkan kerjasama secara tidak sah.

"Segala tuduhan yang dibuat Search dalam sidang media ketika mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami adalah tidak benar sama sekali.

"Kami sudahpun menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan yang dibuat terhadap AFJets menerusi satu notis yang dihantar wakil peguam kami semalam (2 Jun).

"Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan saman dikeluarkan," kata Amrul pada sidang media yang diadakan di Hangar AFJets petang Jumaat.

Hadir sama, wakil peguam Adnan Seman @ Abdullah daripada firma Adnan Shahida & Associates.

Antara dakwaan yang dikeluarkan Search terhadap AFJets adalah mereka tidak profesional, tidak berkemampuan untuk mengadakan konsert serta gagal mematuhi MoU.

Mengenai proses pemulangan wang untuk mereka yang sudah membeli tiket lebih awal, Amrul berkata pihak Ticketpro akan menghubungi mereka yang terbabit minggu depan bagi tujuan itu.

Kontroversi ini timbul selepas 'kekecohan' pemain dram Search, Yazit Ahmad membuat laporan polis terhadap Search Mei lalu yang antara lain mendakwa Search melakukan pecah amanah.

- astroawani




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP