Thursday 2 June 2016

TERKINI: Menantu Zahid Hamidi, Suami Nurulhidayah Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia pada Rabu malam.

Berdasarkan maklumat awal, suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid itu dikatakan meninggal dunia akibat kehilangan oksigen.

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nurulhidayah turut memuat naik gambar hitam putih beliau bersama Allahyarham suaminya itu di laman Instagram bagi memaklumkan mengenai berita sedih berkenaan. – MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR 1 Jun - Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Syed Alman Zain Syed Alwi dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi akibat kehilangan oksigen di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jenazah akan di bawa ke Surau an-Nur, Country Heights sejurus selesai proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok.

Dilaporkan, Zahid yang kini berada di Osaka, telah membatalkan lawatan rasmi beliau dan akan pulang ke tanah air malam ini juga. - UTUSAN ONLINE




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP