Friday, 5 August 2016

PAS Cuba Rampas Terengganu Secara Tak Bermaruah?

‘Putus segera, tak guna cakap pom pang pom pang’



PAS Terengganu menggesa ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib untuk membuat keputusan segera sama ada mahu meninggalkan Umno atau sebaliknya.

Menurut Pesuruhjayanya, Satiful Bahari Mamat yang juga adalah ADUN Paka, sultan hanya akan membuat keputusan sekiranya pembangkang di negeri itu memperolehi majoriti dengan dua ADUN berkenaan meninggalkan Umno.

"Bola di kaki dia, selagi tak buat tak selesai.

"Yang penting sekarang Ahmad Said (perlu) keluar parti. Tak guna cakap pom pang pom pang dan biarkan perkara ini berulang panjang dan libatkan orang dan negeri Terengganu.

"Kalau Ahmad Said dan Ghazali keluar (Umno), BN di Dewan akan jadi minoriti dan akan berlaku perubahan.

“Kita sedia ambil alih dan istana akan panggil kita untuk tentukan siapa ada majoriti di Dewan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Ahmad Said yang adalah bekas menteri besar Terengganu dilaporkanmengancam untuk keluar daripada Umno dan bekerjasama dengan PAS.

Manakala Ghazali pula mengkritik pentadbiran di bawah Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Ketika ini, dengan Ahmad Said dan Ghazali masih di dalam Umno, parti Melayu itu mempunyai 17 kerusi manakala PAS 14 dan PKR 1.

Pada sidang DUN Mac lalu, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul Ahmad Said yang membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun usul tersebut gagal kerana didakwa tidak memberi notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pembentangan usul berkenaan.

"Dewan bersidang dalam 18 Ogos selama satu hari. Tak ada usul dari dia (Ahmad Said)," katanya lagi.

** Kenyataan PJ Pas Terengganu ini ternyata berbeza dengan kenyataan Hadi sebelum ini yang tidak akan campurtangan dalam urusan Umno Terengganu terutamanya berkaitan krisis MB Terengganu.



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya tidak akan masuk campur isu pertukaran menteri besar Terengganu yang hangat diperkatakan, susulan pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau dilaporkan oleh portalBerita Harian Onlinesebagai berkata, PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat tanpa mencampuri 'masalah rumah tangga Umno'.

"Setakat ini saya tidak mahu memberi komen, saya akan teliti dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu tetapi ingin ditegaskan masalah yang berlaku itu hanya membabitkan rumah tangga Umno negeri.

"Saya tidak sempat mengikuti perkembangan mengenai pelucutan jawatan itu kerana berada di Sarawak bagi membantu calon PAS menghadapi pilihan raya negeri," katanya kepada portal itu.

Baca di sini..


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP