Sunday, 3 November 2013

Orang Melayu meluat dengan PAS

Tidak dinafikan orang Melayu meluat dengan PAS, terutama orang umno dan orang macam Ibrahim Ali miskipun jadi ahli parlimen 2008 dulu atas tiket parti Islam semalaysia itu.

Sememangnya orang Melayu, terutama sekali yang tidak suka dengan undang undang Islam sangat meluat dengan PAS yang mahu melaksanakannya.


Sebab itu Ibrahim Ali yang telah dipecat umno tetap meluat dengan PAS miskipun menang sebagai ahli parlimen di Pasir Emas atas ihsan parti Islam se Malaysia itu.

Ibrahim Ali ini bukan sahaja meluat dengan pas malah dia sangat meluat dengan ulamak dalam parti itu terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Awang.

Beliau bukan sahaja meluat tetapi pernah suatu masa dahulu mengelarkan dua tokoh ulama PAS ini dengan gelaran ulamak tahi kucing.

Oleh itu tidak hairan percakapannya dituju khusus kepada tokoh ulamak dalam PAS disamping melakukan penghinaan yang disengajakan untuk calar nama baik ulamak parti islam Se Malaysia sejak dahulu.

Beliau sangat anti dengan ulamak PAS sepertimana di nayatakan bahawa orang Melayu meluat dengan PAS mengenai kedudukan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.

Penulis masih belum lupa dengan gelagat Ibrahim Ali semasa pilihanraya kecil DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu.

Beliau percaya PAS akan kalah di DUN tersebut atas sebab orang Melayu meluat dengan PAS sepertimana dinyatakan bahawa PAS akan kalah di DUN Sungai Limau.

PAS tetap dapat mempertahankan kerusi DUN Manik Urai dengan majority kecil miskipun puluhan juta ringgit dilaburkan sama juga dengan apa yang dilakukan di Dun Sungai Limau yang dilihat PAS memang tak ada harapan untuk menang.

Insya Allah PAS dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau 4 November ini dengan majoriti tipis sepertimana yang pernah berlaku di DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu..

- http://komentarkini.blogspot.com

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

ahmad salleh 4 November 2013 at 03:05  

Contoh opportunist yg masih belum sedar diri

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP