YAN, 1 Nov:- Umurnya hampir 85 tahun, baru hari ini rumahnya mendapat bekalan air paip. Embun Man yang kini perlu dipapah untuk berjalan, hampir menitiskan air mata apabila Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir merasmikan pemasangan bekalan air di rumahnya di Kampung Sungai Dedap, di sini, Jumaat.
"Selama ini makcik hanya menumpang paip air dari rumah anak makcik di sebelah rumah ini. Dah banyak kali minta pertolongan daripada pihak bertanggung jawab namun tidak pernah dapat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Terdahulu, Mukhriz turut berbual dan bertanya khabar dengan warga emas itu. Bantuan bekalan air itu disumbang Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd.Embun yang menetap di rumah pusakanya sejak kecil, dan kini tinggal bersendirian, berkata beliau tidak mampu untuk memasang paip air kerana kosnya yang tinggi.
Sementara itu menantunya, Kalsum Ismail, 61, yang menemaninya ketika ditemu bual berkata mentuanya itu sebelum ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan, namun tidak memperolehnya sejak kebelakangan ini.
"Tadi, orang Menteri Besar dah janji akan tolong uruskan perkara ini, jadi kami bersyukur," katanya.Sebelum itu, Mukhriz menghadiri program santai bersama rakyat di kampung itu dengan penduduk menyuarakan masalah mereka secara bersemuka dengan Menteri Besar Kedah itu.
DUN Sungai Limau diwakili PAS sejak pilihan raya umum 1995.
- BERNAMA
UMNO besar kerak. Lu siapa? Devil's advocate series no 89.
42 minutes ago
0 comments:
Post a Comment