Ahli Parlimen Batu itu berkata, ia bertujuan mengambil alih tender pengurusan sisa pepejal bernilai RM80 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Umpan Jaya sebelum ini.
“Saya ada menyimpan bukti dan saksi daripada orang awam, bahawa kerja-kerja longgokan sampah di tepi lebuh raya dilakukan oleh Alam Flora.
“Lori yang digunakan pada pagi 21 Disember lalu milik Alam Flora,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Pada 21 Disember lalu, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok sepanjang bahu jalan MRR2 menyebabkan kesesakan teruk dan penduduk serta pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau busuk sepanjang jalan itu.
Kata Tian, sampah dilonggok di tepi MRR2 berhampiran pusat pengumpulan milik Umpan Jaya supaya orang ramai beranggapan Umpan Jaya yang bertanggungjawab.
“Umpan Jaya mendapat bayaran DBKL sebanyak RM80 juta untuk kontrak selama tiga tahun. Kontraknya tamat pada Januari 2014.
“Jadi DBKL menerima tekanan orang awam akibat kelemahan pengurusan sampah oleh Umpan Jaya. Pada masa sama, terdesak untuk menggantikan syarikat itu.
“Berkemungkinan DBKL akan beri terus (kontrak) kepada Alam Flora untuk teruskan kerja pengumpulan yang dilakukan Umpan Jaya sebelum ini,” katanya dan menyatakan kontrak pengurusan sampah kepada Umpan Jaya dibuat tanpa proses tender terbuka.
“Saya gesa DBKL amalkan sistem tender. Jangan terkesan dengan krisis ini demi profesionalisme DBKL sendiri,” katanya.
- FZL
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment