Tuesday 17 December 2013

Majlis profesor mahu kerajaan halang kenaikan tol

Majlis Profesor Negara menuntut agar kerajaan menjalankan rundingan dengan pemegang konsesi lebuhraya bagi membolehkan kenaikan harga tol ditangguhkan.

Seorang pemimpin badan kerajaan itu, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, rundingan itu perlu dijalankan bagi membentuk timbal balik bagi mengelakkan kenaikan kadar tol.


“Mungkin berlaku kenaikan 10 peratus. Maka kerajaan perlu membayar penalti berdasarkan kekurangan yang berlaku,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian.

Beliau yang memimpin jabatan dikenali dengan nama Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam itu berkata, kerajaan berkuasa untuk menggunakan budi bicara bagi menangguhkan kenaikan berkenaan.

“Kerajaan mungkin tidak boleh tanggung (kos meningkat) selama-lamanya, tetapi kerajaan mampu tangguhkan kenaikan (kadar tol) dalam tempoh tertentu,” katanya lagi dalam laporan itu.

Seorang lagi pemimpin badan tersebut, Prof Shazali Abu Mansor mencadangkan bahawa timbal balik itu boleh berlaku apabila kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi.

Dalam laporan sama, beliau berkata kerajaan mampu menanggung kos sehingga RM400 juta bagi pampasan itu.

“Ia boleh selesai dengan baik setelah kerajaan berunding dengan syarikat terlibat. Jika hasil rundingan memerlukan kerajaan membayar pampasan pun tidak mengapa kerana perkhidmatan (lebuh raya) ini untuk rakyat (juga),” katanya.

“Saya percaya kerajaan mampu menanggung (pampasan) RM400 juta kerana kerajaan boleh tampung melalui kutipan cukai lain,” katanya yang mengetuai seksyen penyelidikan dan perundingan bagi Kluster Ekonomi dan Kewangan itu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kerajaan terpaksa menampung RM400 juta sebagai pampasan, sekiranya kenaikan harga tol itu ditangguhkan.

Katanya, harga tol itu sepatutnya disemak dalam tempoh tiga hingga lima tahun sekali.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP