Saturday, 14 December 2013

Zahid Komidi Sila Jawab Persoalan Ini Sat..

DAP: Bagaimana dengan pelajar Syiah di M'sia?

Ketika kerajaan Malaysia bertindak memerangi Syiah, setiausaha politik ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bertanya bagaimana pula dengan orang Syiah yang datang menuntut di pusat pengajian tinggi di negara ini.

Dyana Sofya Mohd Daud berkata, ribuan pelajar antarabangsa tersebut adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiwa rakyat Malaysia sendiri.


"Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, 
adakah pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan sendiri, akan diarahkan berhenti mengaji dan keluar serta-merta dari Malaysia? 

"Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru? 

"Maklumlah, rakyat Malaysia memang mudah keliru seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober lalu," kata Dyana dalam satu kenyataan berhubung tindakan kerajaan terhadap pengikut Syiah di negara ini.

Ajarah Syiah dianggap menyeleweng di Malaysia di mana majoriti umat Islam negara ini  berpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dyana juga bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja? 

"Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan  dengan umat Islam dari negara lain? 

"Jika definisi Islam disempitkan di negara kita,  adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?

"Secara tulusnya saya berharap isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara yang kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini," tambahnya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP