Monday 30 December 2013

Ali Punggung - Jangan Ganggu Rosmah Dan Anaknya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak lagi mengganggu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dengan menabur fitnah yang tidak berasas.

Presiden Pertubuhan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat.


“Saya dan rakan-rakan NGO kecewa dengan Rafizi yang dianggap terlalu kurang ajar kacau isteri Najib.

“Kenapa selalu nak kacau bini orang? Pergi jaga bini sendirilah,” katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Katanya, dakwaan Rafizi itu dilihat kurang cerdik seolah-olah mahu menunjukkan beliau ‘hero’ dengan mengaibkan Rosmah.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke Dataran Merdeka esok sebagai simbol menyokong polis dan kerajaan daripada digulingkan demonstran.

“Kita seru semua NGO yang sah berdaftar dibawah kerajaan termasuk Ayahanda datang penuhkan Dataran Merdeka dan hayati sambutan Tahun Baru,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media NGO penyokong Kuat Aspirasi Najib (Pekan), dan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas).

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP