GEORGETOWN - Adun BN keluar dari dewan ketika sesi perbahasan Bajet 2014 kerana membantah tindakan beberapa penyokong kerajaan mengganggu ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) pagi tadi.
Jahara mengetuai 10 Adun BN keluar dewan kira-kira jam 11.40 pagi setelah Adun Seri Delima, RSN Rayer terus mengganggu ucapannya dengan menggunakan peraturan dewan atas alasan kenyataannya bersifat rasis dan menyentuh kewibawaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Ia bermula apabila Jahara membangkitkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan beberapa gerai milik penjaja Melayu sedangkan beberapa restoran makanan laut yang didirikan tanpa kebenaran hanya dikenakan kompuan setahun sekali.
"Saya merujuk kepada jawapan soalan bertulis saya yang menyebut hanya tindakan kompuan terhadap pemilik restoran makanan laut di Pantai Bersih.
"Saya hanya mahu minta keadilan dalam tindakan penguatkuasaan oleh PBT. Tidak adil gerai orang Melayu yang sudah beroperasi 20 tahun dirobohkan begitu sahaja sedangkan restoran milik pengusaha Cina hanya dikenakan kompaun," katanya.
Ketika itu, Adun Sri Delima dari DAP, RSN Rayer bangun dan membantah dengan alasan kenyataan itu berbaur perkauman dan memintanya menarik balik kata-kata itu.
Jahara enggan dengan alasan kenyataan itu disebut berdasarkan fakta dan mengikut jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Rayer terus mendesak Jahara agar menarik balik kenyataan itu termasuk menggunakan peraturan dewan dengan alasan ia bersifat rasis dan menyakitkan hati orang lain.
Dengan campur tangan Speaker, Datuk Law Choo Kiang, Jahara meminta maaf jika kenyataannya itu memberi 'impression" tidak baik terhadap mana-mana pihak.
Keadaan menjadi lebih panas apabila Jahara bertanya untuk mendapat kepastian dari kerajaan negeri mengenai nama Pulau Jerejak yang ditukar kepada Penang Mazu Island seperti yang dapat dilihat dalam laman sosial Facebook.
Beliau turut menunjukkan beberapa keping gambar yang dimuat turun dari laman sosial itu termasuk gambar Guan Eng bersalaman dengan seorang lelaki yang dipercayai pemilik Facebook itu.
Ketua pembangkang itu turut menunjukkan gambar sebuah tokong yang dibina di pulau peranginan dan ingin tahu sama ada ia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
"Saya bertanya kepada pegawai Uda Holdings Berhad mengenai perkara itu tetapi mereka tidak tahu menahu mengenai. Agak pelik kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sedangkan ia adalah pemegang saham terbesar dalam Jerejak Island Resort Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan pulau itu.
Apabila tidak berpeluang meneruskan ucapannya kerana desakan Rayer dan Exco Kebajikan, Phee Boon Poh agar menarik balik tuduhan dan persepsi negatif terhadap Guan Eng berdasarkan gambar yang ditunjukkannya, Jahara agak berang sambil menyifatkannya sebagai usaha untuk menghalang ketua pembangkang berucap.
Walaupun ditegur dan cuba ditenteramkan Choo Kiang, namun keadaan tidak reda.
Adun BN dari Penaga, Mohd Zain Ahmad bangun dan membantah gangguan oleh beberapa penyokong kerajaan tanpa alasan munasabah.
"Jika begini keadaan dalam dewann tiada guna kami berada dalam dewan untuk meneruskan perbahasan," katanya.
Jahara kemudian mendahului Adun BN lain keluar dari dewan persidangan sehingga tamat sesi pagi.
Monday, 9 December 2013
PANAS - Dap Tukar Nama Pulau Jerjak Kepada Pulau Mazu
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment