Friday, 20 December 2013

Naik Tarif Letrik - Pelabur Jepun Akan Lari Dari Malaysia

Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain

Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan.


Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut.

Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif.

"Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi.

"Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia.

"Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah.

"Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia.

"Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik.

Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini

~

http://malaysiagazette.com/akhbar-cina/sebahagian-pelabur-jepun-di-malaysia-dijangka-pindah-ke-negara-lain#axzz2nvhBL2aw


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP