Saturday, 14 December 2013

Ahmad Zahid: Saya tidak gentar dengan ugutan saman Mat Sabu

Itu komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata beliau tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mohamad Sabu (Mat Sabu) mahu menyamannya dan kementeriannya.

Ahmad Zahidi berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS itu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang keatas Ahmad Zahid, sertaKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rahim Mohamad Radziselepas pendedahan mereka tentang penglibatannya dalam Syiah.


"Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin Pas yang lain. Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah.

"Sebab itu saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertaqiyyah meskipun memang itu sikap penganut Syiah. Islam hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kalau ada sesiapa di luar sana yang tersasar kembalilah ke landasan betul," kata Ahmad Zahid kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Zahid turut memberitahu Utusan Malaysia bahawa tiada gunanya apabila umat Islam di Malaysia sudah berpecah kepada Sunni dan Syiah sehingga berlaku pembunuhan seperti di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Asia Barat lain baru pihak berkuasa hendak bertindak menangani ancaman berkenaan kerana pada ketika itu semuanya sudah terlambat.

Sementara itu, dalam reaksi Mat Sabu kepada Astro AWANI ketika ditanya tentang kesediaan Ahmad Zahid untuk bertemu dengannya di mahkamah, beliau hanya memberi jawapan ringkas.

“Saya akan berbincang dengan peguam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas.

Ahmad Zahid dalamucapan penggulungandalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Pada Khamis lepas, Abdul Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP