Penglibatan pemimpin kanan PAS dalam aktiviti Syiah akan didedahkan dalam sidang media khas di Kuala Lumpur pada petang ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Zahid hanya menjawab akan mengumumkan "penglibatannya".
"Oleh kerana dia mahu melihat bukti, kita akan tunjukkan bukti," kata Zahid dalam sidang media di ibu pejabat polis di Pulau Pinang hari ini.
Zahid berkata, pihaknya tidak bermain politik dan hanya memfokuskan kepada isu.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment