Wednesday, 18 December 2013

Kerajaan Boleh Bina Balai Raya Dengan Hasil Kenaikan Letrik - Ahmad Maslan

Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.


"Tidak ada tambahan kalau kita kekalkan penggunaan elektrik seperti biasa. Mereka yang guna elektrik RM150 akan alami tambahan bayaran antara RM12 dan RM20 sebulan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2013 di Dewan Negara hari ini.

Ahmad berkata semakan dengan rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati kira-kira 70% daripada penggunanya tidak terlibat dengan kenaikan itu sebaliknya ia memberi kesan terhadap 30% pengguna yang terdiri daripada pihak industri.

Menurutnya kerajaan juga menanggung bil elektrik bagi lebih sejuta rumah rakyat miskin yang kosnya berjumlah kira-kira RM150 juta setahun.

Beliau turut memberitahu Dewan Negara bahawa Dasar Rasionalisasi Subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM24.8 bilion.

Penjimatan itu membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk melaksanakan pelbagai projek lain yang memanfaatkan rakyat termasuk membina balai raya dan universiti, katanya. - Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP