Saturday 21 December 2013

Ini Bukti Malaysia Masih Lagi Makmur..

Malaysia tak perlu lagi import LNG

Menjelang 2016, Malaysia dijangka tidak lagi bergantung kepada import gas asli cecair (LNG) berikutan keupayaan negara membekalkan bahan api itu bagi permintaan domestik menerusi operasi di Loji LNG Train 9 di Bintulu dan Loji Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di pesisiran laut Sarawak.

Pengurus Besar Pengurusan Gas Malaysia, Perniagaan Tenaga dan Gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Ezhar Yazid Jaafar berkata, ketidakbergantungan itu mengurangkan risiko ketidaktentuan harga LNG global.


“Petronas kini membekalkan lebih 50 peratus gas bagi keperluan negara melalui pengeluaran domestik.

“Bagi memenuhi keperluan gas dan sektor tenaga, Petronas telah menyediakan kemudahan mengimport LNG melalui Terminal Regasifikasi (RGT) Sungai Udang, Melaka dengan kapasiti 3.8 juta tan setahun,” katanya pada sidang media pembentangan perkembangan industri gas asli di Semenanjung Malaysia di Melaka, baru-baru ini.

Katanya, Petronas juga merancang membina sebuah lagi RGT di Pengerang, Johor yang dijangka siap pada 2017.

Menurut Ezhar, sektor tenaga negara memerlukan pembekalan gas secara purata sebanyak 1,250 juta sehingga 1,300 juta kaki padu sehari.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia juga bersedia melaksanakan harga pasaran terbuka menjelang 2017.

Katanya, mekanisme itu dapat meningkatkan persaingan dalam sektor gas dan pada masa sama mengurangkan bebanan subsidi oleh Petronas dalam perniagaan gas.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP