Laporan muka depan akhbar The Heat yang dikatakan tidak disenangi Putrajaya. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan akbar mingguan itu tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dua hari lalu, The Heat digantung permit penerbitannya secara serta-merta dan ramai yang mempercayai ianya disebabkan laporan muka hadapan mengenai pemborosan Najib dan Rosmah.
“Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas,” kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.
Menurut KDN, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat ditetapkan.
Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, kiri) berkata penggantungan akhbar The Heat berkuatkuasa serta merta selepas diberikan surat tunjuk sebab.
Kata beliau, ia merupakan prosedur biasa sementara menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab, sebelum tindakan selanjutnya dari KDN.
“Penerbit mempunyai masa sehingga 24 Disember untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada mereka,” kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarang The Heat, Yeoh Guan Jin, telah mengesahkan kepada The Wall Street Journal tentang penggantungan akhbar itu.
“Akhbar mingguan itu tidak akan dikeluarkan pada 21 Disember seperti dijadualkan,” katanya.
Najib, setelah mengambil alih dari Tun Abdullah Badawi, telah mengumumkan beberapa langkah ke arah ruang demokrasi, termasuk kelonggaran sekatan terhadap media.
Bagaimanapun, tindakan menggantung The Heat dilihat sebagai percubaan mengembalikan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memperlihatkan kawalan ketat ke atas media.
The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh rencana muka depan akhbar itu bertajuk “All eyes on big spending Najib”, dalam edisi 23-29 November, 2013. – tmi
Saturday, 21 December 2013
KDN nafi akhbar The Heat digantung kerana laporan Najib-Rosmah boros
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment