Friday, 27 December 2013

Dr. Muhaya Tampil Tegakkan Benang Basahnya

SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.


“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

rantai 27 December 2013 at 23:39  

kamu dah jadi macai umno ... apa yang umno buat semua betul, apa orang buat semua salah, dan kamu anggap apa yang kamu cakap semua betul ... biasa le one-way-street...!!!!

Nazaruddin si Hamba Allah 27 December 2013 at 23:46  

Orang motivasi memang hanya banyak bercakap untuk orang lain.. bukan untuk dirinya sendiri. Kerana terlalu nak memotivasikan orang lain kononnya, hingga dia lupa berpijak di bumi nyata. Yang nyata dia seperti di awangan dan syok sendiri sahaja. Ada banyak yang bagus pada dirinya dan apa yang diperkatakan tetapi kadang kala ada jugak yang tidak bagus dan menampilkan kekurangan diri sendiri. Kalau mengikut apa yang selalu diperkatakan dan dimotivasikan agar kita lebih melihat kepada diri kita dahulu daripada melihat orang lain dalam menangani sesuatu masalah... maka beliau sepatutnya melihat kelemahan beliau juga dalam memahami dan menangani isu yang diajukan dengan sebaik mungkin. Ini bukan isu memajukan diri atau menangani masalah peribadi tetapi ini adalah isu keperihatinan serta tanggungjawab penguasa dalam menjaga kemaslahatan rakyat. Ramai juga yang mengeluh bukan kerana diri sendiri sangat pun yang terkesan dengan kenaikan harga tetapi kita mengeluh melihat sistem pemerintahan yang penuh kebobrokan, tiada nilai kebertanggungjawaban, rasuah, salahguna kuasa, dendam dan sebagainya. Justeru adalah lebih baik beliau mengaku sahaja tentang kelemahan beliau dan memohon maaf daripada menegakkan kelemahan tersebut. Yang pasti selepas ini, beliau tidak boleh lagi dijadikan inspirasi, tetapi hanya sekadar tukang cakap hal motivasi. Wallahua'lam

zaini mohamad 28 December 2013 at 16:06  

Prof kalau ditakdirkan Allah tarik kelebihan yang ada pada kau, mcm mana. Kalau jgn nak riak, seolah2 orang lain tak berdoa kehadrat Allah.
SEKALI DATANG UJIAN ALLAH PADA KAU PROF, BARU KAU TAHU KEPERITAN HIDUP ORANG LAIN.
KITA BERDOA, TAK SEMESTINYA ALLAH MAKBUL DOA KITA. (ALLAH BUKANNYA SEMESTINYA IKUT KITA ).
KATA2 PROF SEOLAH2 ORANG LAIN KURANG IMAN.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP