Thursday 5 December 2013

Perwakilan Umno Dihidangkan Tayangan Filem Yang Tak Laku..

Selain bersidang, para perwakilan dan pemerhati Pehimpunan Agung Umno kali ini juga boleh menonton wayang.

Ini kerana filem Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan perhimpunan itu.


Perkara itu diumumkan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak di PWTC, Kuala Lumpur.

Tayangan filem mengisahkan dua sahabat, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, akan ditayangkan di Dewan Merdeka, jam 9 malam nanti.

Kontroversi filem berkenaan timbul apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa filem berkenaan memaparkan fakta salah apabila memaparkan babak remaja berbangsa Cina, yang dikatakan dirinya kencing di tiang bendera Menteri Besar Selangor ketika rusuhan kaum 13 Mei berlaku.

Ekoran kontroversi babak berkenaan, filem berkenaan terpaksa ditunda sebanyak tiga kali sebelum tayangannya diteruskan pada 29 Ogos.
Filem berkenaan diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba itu dibiayai oleh kerajaan melalui kerjasama Persona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Developement Corporation.

DAP menggambarkan filem berkenaan sebagai propaganda kerajaan Barisan Nasional.
Shuhaimi bagaimanapun menegaskan filem berkenaan hanya menggunakan babak 13 Mei sebagai plot untuk menunjukkan hubungan persahabatan antara dua pemimpin tersebut berhadapan peristiwa getir mengukuhkan negara meskipun masing-masing mempunyai masalah kesihatan.

– tmi

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP