Tuesday, 13 August 2013

Pemilik Surau Kontrovesi Direman 4 Hari

KOTA TINGGI: Pemilik resort di Tanjung Sedili Besar di sini, yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan dalam surau, telah ditahan reman selama empat hari.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira 9.30 pagi Selasa, di hadapan pendaftarmahkamah Hairul Azhar Mohamad yang membenarkan perintah reman sehingga Jumaat.


Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permastautin tetap (PR) Malaysia, ditahan pada petang Ahad di Tanjung Sutera Resort, 40 kilometer dari sini.

Polis berkata, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP