Monday, 12 August 2013

Video Panas Surau Dijadikan Tokong

Video yang memaparkan surau dijadikan penganut Budha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat. Menurut laporan akhar Berita Harian, video berdurasi 85 saat menampilkan sekumpulan individu dari Singapura dan seorang sami Buddha. Lambang agama turut diletak di bawah kedudukan ayat suci al-Quran.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan sahaja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut kepada akhbar berkenaan.


Sementara itu, pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan Surau namun tidak tahu mereka juga akan menggunakan peralatan keagamaan.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP