Thursday, 8 August 2013

Perkasa Kejutkan Pak Lah Dari Tidur

Saranan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah melalui buku terbarunya 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' menempelak Perkasa atas dasar memperjuangkan ideologi sesuatu kaum dan menolak pandangan kaum yang lain segera ditolak Perkasa.

Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali meminta mantan Perdana Menteri itu agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.


Katanya, perjuangan Perkasa bukanlah semata-mata menolak ideologi kaum lain kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Perkasa turut memberi sokongan kepada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.

"Pak Lah seharusnya memberikan bukti kukuh mendakwa Perkasa menolak fahaman kaum lain. Kami bukan sahaja menolak kaum bukan Melayu tetapi turut menyelar pemimpin Melayu yang lemah, bodoh, dan mengamalkan kronisme.

"Beliau sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Pak Lah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen.

"Pak Lah harus melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengulas mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya Mahathir sememangnya seorang pejuang bangsa Melayu beriringan dengan aspirasi negara sambil menegaskan sokongan Mahathir atau  juga dikenali sebagai Che Det adalah kerana Perkasa berada di jalan yang benar.

Katanya, Mahathir enggan memberi sokongan kepada Pak Lah adalah kerana mengetahui beliau tidak berada di landasan yang betul.

"Jika Pak Lah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir," katanya yang turut mengucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir batin kepada Perdana Menteri kelima itu.

Sementara itu Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menyifatkan sifat perkauman yang diamainkan Perkasa tidak ubah seperti apa yang diperjuangkan oleh DAP.

Katanya, orang Melayu akan melihat isu yang dimainkan DAP sebagai rasis begitu juga sebaliknya pandangan orang Cina terhadap Perkasa.

"Jika dahulu aspirasi 'Malaysian Malaysia' hanyalah isu yang ditulis di atas kertas namun DAP kini berani menterjemahkan terhadap penindasan orang Melayu di Pulau Pinang dengan menolak mereka tinggal di tanah besar," dakwanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya, apa yang diperjuangkan Perkasa tidak seteruk Namewee mahu pun pasangan Alvin dan Vivian yang terang-terangan menghina bangsa dan agama.

Pak Lah melalui bukunya 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' berkata Perkasa melalui Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam.

Menjelang pilihan raya lalu, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu.

Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu. - - tmi

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP