JOHOR BAHRU – “Pada setiap hari, dia bersiap awal termasuk berpakaian kemas seolah-olah mahu ke pejabat dan pulang ke rumah pula jam 10 malam dengan alasan majikan meminta bekerja lebih masa.
“Dia juga kerap meminjam wang saya hingga menyebabkan saya terpaksa berjimat menguruskan perbelanjaan dapur,” kata seorang mangsa keganasan rumah tangga, Rashidah Karim, 26, di Bandar Seri Alam, Masai, di sini, semalam.
Rashidah berkata, dia hanya menyedari suaminya yang juga bekas pembantu pejabat adalah seorang ‘kaki karaoke’ dan gemar lepak bersama rakan-rakannya apabila terserempak dengan lelaki berkenaan di sebuah pasar raya di pusat bandar raya, di sini, pada Januari lalu.
Menurutnya, sejak peristiwa berkenaan, timbul pelbagai perselisihan faham antara dia dan suami yang berusia 28 tahun itu.
“Rupa-rupanya suami tidak ke pejabat kerana sudah dibuang kerja sejak Oktober lalu berikutan sikapnya yang kerap ponteng kerja.
“Saya pernah menasihati dan memujuknya mencari pekerjaan lain, tetapi dia masih terus hanyut dengan hobi yang tidak berfaedah berkenaan,” katanya.
Rashidah berkata, suaminya juga bertukar menjadi panas baran jika dia enggan menyerahkan wang diminta.
Menurutnya, pasangan hidupnya itu juga pernah memaki hamun serta kerap memukulnya sejak empat bulan lalu.
“Dia memberi layanan buruk walaupun saya perlu bekerja dan pada masa sama menguruskan perbelanjaan keluarga termasuk anak perempuan berusia enam tahun.
“Saya yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang terpaksa menyerahkan hampir semua wang kepadanya dan terpaksa berjimat dengan baki sedia ada bagi menanggung perbelanjaan.
“Lebih malang, suami pantang ditegur kerana akan memukul hingga badan saya lebam,” katanya.
Menurutnya, dia juga terpaksa mendapatkan rawatan di beberapa klinik swasta berhampiran rumah.
Katanya, keadaannya bertambah buruk apabila suami membelasahnya pada akhir Mac lalu hingga mengakibatkan kecederaan di kaki.
“Saya dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama beberapa hari dan hingga kini saya masih menjalani rawatan.
“Anak kami kini di bawah jagaan saya dan sudah mengambil keputusan untuk mengemukakan fasakh di Mahkamah Syariah.
“Suami pernah beberapa kali cuba memujuk tetapi demi keselamatan diri dan anak, saya mengambil keputusan untuk bercerai,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Manayi Ibrahim berkata, mangsa dera itu kini ditempatkan sementara di rumah perlindungan sebelum dibenarkan tinggal bersama ahli keluarganya (keluarga ibu mangsa).
Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Berdasarkan siasatan kami, suami mangsa pernah memukulnya hingga mangsa mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda,” katanya.
Friday, 11 April 2014
Isteri derita nafsu jahat suami terbongkar
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment