| 3:18PM Apr 11 2014Berbeza dengan semua orang, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin nampaknya lega apabila panda China yang dinanti-nantikan seluruh negara tidak tiba di Malaysia seperti dijadualkan.
“Bagi pihak kita, daripada teruja dengan prospek untuk melihat binatang kegemaran itu, kita juga patut amat takut terhadap apa yang tidak dapat dijangkakan.
“Bayangkan jika Fengyi dan Fuwa kena denggi berdarah ketika dalam jagaan kita, (atau) dalam kes paling buruk, dicabul oleh orang utan yang miang,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.
Menulis dengan penuh sinis dalam blognya, Kadir berkata, walaupun orang utan biasanya suka bersendirian dan tidak ganas mencari pasangan, pelbagai kemungkinan masih boleh berlaku.
“Dengan semua bala misteri berlaku pada negara kita, kita tidak boleh menolak faktor terpencil apabila orang utan yang biasanya tenang menjadi gila dan apabila penjaganya terlelap, lari daripada kurungan dan mencabul panda China yang besar itu,” katanya.
Kadir juga mengingatkan terdapat rakyat Malaysia gila seks yang mencuri binatang bukan untuk tujuan kewangan tetapi untuk hempedu yang dipercayai dapat meningkatkan keupayaan seksual.
Insiden sebegitu, jika berlaku, boleh menjejaskan hubungan Malaysia dan China.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment