Sunday 13 April 2014

Ahmad Maslan Akui BRIM Gagal Hapus Kemiskinan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini, terutamanya kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.


Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi.

"Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka.

"Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di Melaka semalam. 

Ahmad berkata kerajaan menyediakan pelbagai tabung dan bantuan keusahawanan kepada rakyat terutama kaum Bumiputera di negara untuk menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata kerajaan juga memberi peruntukan tambahan kepada beberapa tabung keusahawanan tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak RM10 juta, Tabung Tunas Usahawan Belia (RM10 juta), Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (RM100 juta), Amanah Ikhtiar Malaysia (RM300 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (RM700 juta), Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta) dan Dana Pasar Malam sebanyak RM100 juta. – Bernama,

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP