Sunday, 20 April 2014

Polis Serbu Pesta Seks Muda Mudi

Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di Georgetown awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.


"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di Georgetown hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah  pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya.

- Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP