Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di sini gempar selepas dua pelajar sekolah menyeludup dua peluru meriam ketika dalam penerbangan dari London, Britain ke Chicago, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Pelajar sekolah menengah tersebut yang baru pulang dari lawatan sekolah di Eropah dikatakan membawa pulang dua peluru meriam era Perang Dunia Pertama itu sebagai cenderahati.
Peluru meriam itu dikesan dalam satu bagasi milik dua pelajar berusia 16 dan 17 tahun selepas pesawat United Airlines yang dinaiki mereka dari London mendarat di Chicago pada Isnin lalu.
Pihak keselamatan lapangan terbang yang mengesan peluru itu kemudiannya menghubungi unit pemusnah bom dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, siasatan pakar mendapati peluru tersebut sudah dimatikan dan tidak berbahaya.
Pelajar itu memberitahu pihak berkuasa, peluru itu dijumpai di satu lokasi berhampiran sebuah muzium di Perancis sebelum dibawa pulang sebagai cenderahati.
Selepas soal-siasat dua pelajar berkenaan dibebaskan tetapi peluru berkenaan dirampas.
Kejadian itu juga mencetuskan persoalan berhubung tahap kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London. - Agensi
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment