Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut mereka berhubung rancangan Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud jika ia undang-undang itu dikuat kuasa.
Presidennya Dr NKS Tharmaseelan (kanan) berkata, memotong anggota badan seseorang, walaupun penjenayah, “bertentangan dengan amalan dan etika perubatan”.
Katanya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan doktor-doktor supaya tidak menyaksikan atau memperakui hukuman sebat terhadap penjenayah, apatah lagi pemotongan anggota badan.
“Saya mohon kerajaan Kelantan memikirkan semula hasrat mendapatkan pakar bedah bagi melakukan kerja 'kasar' melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.
“Saya secara peribadi menentang sebarang undang-undang yang memerlukan pencacatan...
“Meminta pakar bedah untuk melaksanakan pemotongan jauh lebih serius dan sudah tentu ditentang oleh MMA,” katanya dalam kenyataan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) semalam dilaporkan berkata, pihaknya merancang menggunakan khidmat pakar bedah bagi memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan jika hudud mula dikuatkuasakan tahun depan.
Katanya, selesai hukuman itu, pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara.
Tharmaseelan berkata, doktor dilatih untuk menjaga, merawat dan menyembuhkan dan ia mesti mendapat persetujuan pesakit, walaupun seorang penjenayah.
Beliau juga berkata, MMA akan membuat laporan terhadap doktor yang terlibat dengan pemotongan tangan kepada Majlis Perubatan Malaysia jika ia berlaku.
“Ia boleh menyebabkannya disingkir daripada daftar perubatan sebagai doktor. MMA juga akan bertindak terhadapnya dan mengeluarkannya daripada persatuan.
Thursday, 24 April 2014
Doktor Tolak Potong Tangan Pesalah Hudud Di Kelantan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment