Mahkamah di Sudan menangguhkan hukuman ke atas seorang wanita, Amira Osman Hamed selepas dia ingkar dengan undang-undang di negara berkenaan yang mewajibkan wanita Islam memakai tudung serta menutup aurat.
Kes berkenaan ditangguhkan pada 4 Oktober ini.
Jika disabitkan kesalahan, dia yang didakwa di bawah artikel 152, berdepan hukuman sebatan.
Peguam belanya, Moezz Hadhra, sebelum ini merayu pendakwaan ke atas wanita itu digugurkan. Amira, merupakan seorang jurutera komputer yang telah bercerai dan mempunyai syarikat sendiri menyifatkan undang-undang berkenaan mensasarkan maruah penduduk Sudan.
"Undang-undang ini telah menukar wanita Sudan daripada menjadi mangsa kepada penjenayah,’’katanya.
Dia rela disebat demi mempertahankan haknya untuk tidak memakai tudung.
Amira ditahan polis selepas melawat sebuah pejabat kerajaan di Jebel Aulia di Khartoum tanpa bertudung pada 27 Ogos.
The island of Dr Moreau.
7 hours ago

0 comments:
Post a Comment