Tuesday, 15 April 2014

Zaid Ibrahim Mahu Malaysia Bertegas Tolak Islam

MCA, DAP, MIC dan parti-parti di Malaysia timur mesti membentuk gabungan baru bersama orang Melayu yang mahukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim

“Negara kita sekular dan ia harus terus begitu. Berbaloi berjuang untuknya,” katanya.


Menulis dalam blognya, Zaid (kanan) menyelar pemimpin Islam di Semenanjung Malaysia dengan mendakwa kesalahan dalam negara ini mesti dikaitkan dengan golongan itu.

Bagaimanapun, rakan mereka di Sabah dan Sarawak, tambahnya, tidak tergoda untuk “mengislamkan” negara ini.

Menurut Zaid lagi, pemimpin Islam di semenanjung juga menderita apa yang digelar “inadequacy syndrome” dalam psikologi tingkah laku.

“Ini tergambar oleh keperluan berterusan pemimpin ini mempertingkat harga diri sendiri, walaupun kemudian berakhir dengan masalah lebih besar.

“Mereka rasa tidak dihargai dan oleh itu perlu bersikap lebih ekstrim bagi mendapatkan pengiktirafan yang dikehendaki.

“Mereka hanya boleh tenang dengan memberikan mereka tali untuk menggantung DAP, menggantung Malaysiakini dan menggantikan Kanun Keseksaan dengan undang-undang jenayah Islam.”


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP