Petisyen rayuan itu perlu difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum 25 April ini.
Karpal, 73, mati dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar, Perak awal pagi Khamis. Beliau dalam perjalanannnya ke Pulau Pinang untuk mewakili anak guamnya dalam satu perbicaraan kes bunuh dan akan menemui pengundinya di Bukit Gelugur sepanjang hujung minggu itu.
Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya memberitahu The Malaysian Insider, dia bercakap dengan peguam Zaleha Al-Hayat yang turut bersama dengan pasukan peguam Karpal untuk membantu menyiapkan petisyen rayuan itu.
"Kami juga mengkaji penghakiman Mahkamah Rayuan untuk turut menyumbang kepada rayuan itu," katanya.
Latheefa berkata, satu mesyuarat dengan Anwar akan dibuat bagi membincangkan tindakan selanjutnya, termasuk melengkapkan lagi pasukan guaman bagi berhujah dalam Mahkamah Persekutuan.
"Buat masa sekarang yang penting adalah memfailkan petisyen rayuan tepat pada masanya tetapi kami juga mungkin memohon untuk melanjutkan masanya kerana hal yang tidak dapat dijangka," kata Latheefa merujuk kepada kematian Karpal.
Karpal memberitahu The Malaysian Insider petang Rabu sehari sebelum kematiannya di pejabat beliau di Kuala Lumpur, dia akan memfailkan petisyen itu pada 24 April ini.
Firma guamannya menerima asas penghakiman pada Rabu yang bermakna bermulanya permulaan tempoh 10 hari sebelum petisyen rayuan perlu difailkan.
Karpal berkata, dia akan membuat deraf asas di mana Mahkamah Rayuan salah ketika mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi semasa beliau berada di Pulau Pinang.
Peguam itu berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti asas penghakiman bertulis itu kerana ia mempunyai 85 muka surat.
Semasa perbicaraan kes liwat itu, Karpal dibantu oleh peguam S N Nair, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran dan Ramkarpal Singh.
Pada 7 Mac, Mahakamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sehingga mendapat keputusan Mahkamah Persekutuan dan membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Anwar, 66, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kondominium mewah dekat Bukit Damansara pada 25 Jun 2008.
Putrajaya juga turut membuat rayuan balas untuk meminta hukuman penjara dinaikkan.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment