Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan penuh Nawawi masih belum dibaca dan menyifatkan itu bukan urusan di bawah kementeriannya.
"Itu saya tidak baca. Lagi pula bukan tanggungjawab saya," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil ke atas Nawawi setelah kenyataannya tersebar di media sosial, Jamil berkata: "Oh begitu ya."
Khamis lalu, sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun 'Dato Ir Nawawi Ahmad', merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan selepas dikritik ramai.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment