KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki berhampiran Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah di kepala, tangan dan lutut.
Beliau berkata dia ditemui orang awam dalam keadaan terkulai tetapi masih bernyawa di tempat duduk pemandu sebuah kereta.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.45 petang di Hospital Selayang, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati mangsa diserang empat lelaki yang dipercayai dikenalinya. Kejadian disyaki bermotifkan pengedaran dadah," katanya.
Polis turut menemui sebuah motosikal dan sebuah kereta yang disyaki ditinggalkan kumpulan lelaki itu.
Khairi berkata usaha mengesan empat suspek utama kes itu masih dijalankan dan kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Lagak melayu. Devil's advocate series 65.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment