Monday, 14 April 2014

Khalid Ibrahim Dedahkan Siapa Dia Di Sisi Anwar

Calon timbalan presiden PKR Tan Sri Khalid Ibrahim berkata parti itu tidak akan mendapat keuntungan dari pemimpin yang hanya menjadi “pak turut” kepada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid mendakwa golongan yang mengintai jawatan itu suka menurut dan tidak berani menyanggah arahan ketua pembangkang itu.


“Ini tidak bermakna kita perlu menyanggah setiap masa, tetapi kita perlu seimbang. Jadi saya menawarkan diri untuk menyeimbangkan parti, sebagai faktor penyeimbang,” katanya dalam satu pertemuan dengan para penyokongnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Saya sudah tunjukkan bahawa saya ada perangai buat perkara betul dan bukannya perkara salah. Saya juga ada pengalaman mentadbir kerajaan dan bekerja dengan semua orang,” kata menteri besar Selangor itu.

Khalid berkata Anwar “banyak bersilat”, terutama dalam politik dan di mahkamah, selain jadual yang sibuk.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa Anwar menarik ramai peminat yang ingin menjadi seperti ketua pembangkang itu.

Salah seorang daripadanya adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor yang menurutnya turut berpakaian dan bertutur seperti Anwar,

Ezam kini menyertai Umno dan dilantik sebagai senator.

“Parti kita tidak boleh hanya ada satu orang untuk berfikir. Jika saya jadi bos, saya juga mahu pak turut. Jika orang terus kata 'tidak' kepada saya mungkin kata 'kita tak boleh bekerjasama'.

"Anwar dan saya sebaya tapi ada pengalaman berbeza. Kami boleh jadi gandingan yang baik,” katanya Khalid lagi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP