Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.
SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart.
Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke luar bahagian pipinya.
Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama. Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir.
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital. Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.
Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
Sulaiman Hj Awang.
PPA PPD KK.
21hb April 2014
4.12 petang.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment