Sebuah pesawat penumpang Virgin Blue dari Australia jenis boeing 737-800 dipercayai dirampas dan dipaksa mendarat di Bali demikian menurut laporan berita Indonesia, Metro Tv.
Sementara itu, menurut laporan Sydney Morning Herald pula melaporkan bahawa pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali.
Laporan yang memetik jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas dan pihak terbabit cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun setakat ini masih gagal berbuat demikian.
Ads by H12 Media
Dikemaskini
Menurut laporan Yahoo News “rampasan” pesawat berkenaan dipercayai dilakukan oleh seorang penumpang mabuk. Laporan menjelaskan ketika insiden itu, penerbangan VA41 meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.
Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi dan perkara ini sekali gus menyebabkan beberapa media melaporkan bahawa pesawat berkenaan dirampas.
Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali), kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar dan polis Bali telah menahan penumpang berkenaan manakala kesemua penumpang lain yang berada dalam pesawat itu dilaporkan selamat Kesimpulannya pesawat itu tidak dirampas, sebaliknya penumpang mabuk cuba memasuki kokpit yang mencetuskan kekacauan dalam pesawat.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment