Sunday 13 April 2014

Azmin Gelisah Dengan Gandingan Saifuddin-Rafizi-Nurul Izzah

'Kartel calon tak sihat untuk PKR'

Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau bimbang tindakan calon yang membentuk kumpulan tertentu dalam pemilihan akan menjejaskan masa depan parti.

Beliau merujuk kepada gandingan Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada Mei.


“Kebimbangan saya ialah pembentukan pakatan dan kumpulan ini tidak sihat kepada masa depan parti,” katanya yang menambah, masa depan PKR ditentukan oleh anggota dan bukannya oleh golongan tertentu.

“Namun saya menyambut baik hasrat rakan-rakan saya untuk tawar khidmat kepada parti dan harap proses pemilihan kali ini akan berjalan baik teratur dan berdasarkan rekod prestasi mereka yang tawarkan khidmat kepada parti,” katanya.

Saifuddin mencabar kedudukan Azmin sebagai timbalan presiden manakala Rafizi dan Nurul Izzah merebut jawatan naib presiden.

Kritikan Azmin itu timbul selepas beliau mengumumkan tidak terlibat dengan mana-mana fraksi dan pemilihan tersebut akan ditentukan oleh anggota PKR dan bukannya oleh mana-mana “kartel”.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP