Friday 15 July 2016

PAS Baru Sedar Mereka Tak Kuat

Kerjasama politik boleh seperti 2008 - Mustafa Ali



Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang.

Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya PAS perlu menyertai Pakatan Harapan.

"PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang penting, tegasnya pembangkang perlu memastikan kerjasama terutama soal strategi yang boleh diambil dalam pelbagai bentuk seperti memastikan satu lawan satu menentang Umno BN dalam PRU14 nanti.

Tambahnya, pembangkang boleh melaksanakan kerjasama politik seperti tahun 2008 di mana PAS tidak bekerjasama dengan DAP tetapi bersama PKR setelah DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

"Waktu itu PAS tidak duduk semeja dengan DAP tetapi boleh berlaku satu lawan satu dengan BN, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara.

"Begitu juga pada tahun 1990 dan 1995, PAS menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dan tidak juga duduk semeja tetapi boleh lawan BN satu lawan satu. Tidak berlaku tiga penjuru. Tengku Razaliegh Hamzah sebagai perantara," jelas beliau ketika dihubungi.

Mustafa berkata pembangkang wajar mengambil pengajaran dalam siri pilihan raya kecil lepas yang menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru dan akhirnya menguntungkan BN.

Kerjasama ini, katanya tidak akan mengorbankan perjuangan Islam yang menjadi prinsip PAS.

Justeru katanya, dalam suasana PAS masih menjalinkan kerjasama dengan PKR eloklah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan ini bagi menghadapi PRU14 nanti.

"Dengan kewujudan mereka yang keluar daripada Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakannya yang benar-benar hendak lawan Umno juga boleh memainkan peranan, mahu kerjasama dengan pembangkang tanpa duduk dalam Pakatan Harapan," jelas beliau.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP