Tuesday, 19 July 2016

DAP Masih Tak Jelas Pendirian PAS Selangor



DAP Selangor berkata pendirian PAS di negeri itu masih tidak jelas walaupun parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang melakukan genjatan senjata.

"Saya tidak ada komen mengenai PAS, kecuali bahawa masalah dalam berurusan dengan parti Islam itu adalah bahawa kita tidak tahu di mana pendiriannya," kata Pua.

"(Oleh itu) mari kita fahami di mana pendirian mereka, dan kemudian kita akan tahu bagaimana untuk berurusan dengan mereka," katanya.

"Jika kita tidak dapat memikirkan di mana pendirian mereka, tiada cara, atau tidak ada gunanya bercakap mengenainya atau berurusan dengan mereka," katanya.

Pua turut mempersoalkan sama ada PAS Selangor mahu memperolehi manfaat daripada Pakatan Harapan.

"Mereka mahu mengambil pendirian tertentu tetapi pada masa yang sama mereka mahu mempunyai manfaat dalam Pakatan," katanya ketika ditemui di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Tuan Ibrahim dan Naib Presiden PAS Iskandar Abd Samad menggesa gencatan senjata di kalangan parti-parti pembangkang dan sebaliknya menggembeleng tenaga untuk menentang Umno dan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudian mengulangi bahawa parti Islam itu hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mengikut acuan PAS demi menegakkan syiar Islam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takuyuddin Hassan berkata gesaan Tuan Ibrahim adalah semata-mata pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.

Bagaimanapun, 12 ADUN PAS dan seorang ahli parlimen di Selangor secara terbuka menyokong idea itu dan berjanji untuk menghantar surat yang ditandatangani bersama kepada kepimpinan parti.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP