KUALA LUMPUR - Belum berakhir lagi insiden memalukan di Jalan Tar, seorang saksi kejadian, Anwar Kensei Cazorla Ahmad, tampil memberi penjelasan berhubung kes tersebut yang berlaku di depan matanya.
"Assalamualaikum. Untuk makluman, aku ada di sana. Benda ini jadi macam ini, pertama, dia langgar motosikal di depan dia. Selepas itu dia ramp sambil keluar kayu rotan yang panjang 1 meter. Dia tak sedar yang dia langgar stroller baby. Bapa baby itu dah menjerit kealut sebab anaknya masih ada dalam stroller tersebut.
"Aku antara orang pertama yang menjerit di tingkap keretanya tetapi orang tua ini tak endah. Aku menyesal sebab tak bagi 'blow' pada muka dia kuat-kuat bagi pengsan sebab dia semakin agresif. Dia kemudian mengundurkan keretanya ke belakang, habis kereta Alza di belakangnya rosak.
"Korang jangan kata orang di sana tiada kesabaran. Masalah bermula dari pakcik ini sendiri. Dia yang mula melanggar, keluar rotan dan nak pukul orang. Ramai yang menjadi defensive disebabkan baby stroller itu termasuklah aku. Tetapi tak sangka ramai yang jadi macam gila lepas dia mula reverse dan bergerak semakin ke depan melanggar kedai-kedai di tepi jalan, dan dua orang pegawai DBKL.
"Ramai yang macam kena rasuk hantu. Tetapi minta maaf, orang tua ini memang patut mati. Tetapi itu semua amarah, dia patut kena hukuman setimpal. Kalau polis nak statement dari aku pun, aku sanggup bagi sebab orang tua ini celaka," katanya.
Kenyataan Anwar itu juga telah disebarkan netizen, menyebabkan dia menjadi perhatian seketika. Anwar juga sedia maklum bahawa anak lelaki warga emas yang dibelasah itu sedang mencari individu yang terlibat.
Dalam perkembangan terkini, anak mangsa, Mohd Zulfadhli memaklumkan, bapanya banyak menerima lawatan dari sahabat handai.
"Non stop sahabat handai datang melawat. Semua cakap jangan biarkan. Macam mana tu? Kena 'langgar' juga ke?" katanya sebentar tadi di Facebook. - PIXEL MEDIA
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment