Monday 11 July 2016

Pengerusi MyWatch Ditahan Di Bawah Undang-Undang POCA



KUALA LUMPUR - Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Poca selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun

Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu. - Bernama




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP