Friday 15 July 2016

Jangan Serang Kami: Amaran Mahathir Kepada PAS



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulannya dan pembangkang tidak akan menyerang PAS jika mereka tidak menyerang terlebih dahulu.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan yang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan 'gencatan senjata' di antara mereka.

"Kami bersetuju dengan cadangan untuk 'gencatan senjata' di antara kita.

"Tidak dengan orang-orang yang sebahagiannya dengan kerajaan dan sebahagiannya dengan pembangkang," katanya.

Ini dipercayai merujuk kepada PAS, yang kini lebih dekat dengan BN selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, tetapi masih kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai sama ada mereka akan melakukan gencatan senjata dengan PAS, Mahathir menjawab: "Kami berharap (mereka) tidak akan menyerang kita dan kita tidak akan menyerang mereka."

Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru 'genjatan senjata' di kalangan parti-parti pembangkang.

Tuan Ibrahim semalam berkata, sebaliknya pihak pembangkang perlu mengembleng tenaga menentang BN.

Beliau berkata parti pembangkang boleh berkompromi tanpa mengorbankan dasar utama mereka untuk memberi tumpuan kepada "musuh sebenar".



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP