Thursday 21 July 2016

PM Langsung Tidak Dikaitkan Dalam Siasatan 1MDB - Abdul Rahman Dahlan



PETALING JAYA, 21 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat 1MDB kerana siasatan itu langsung tidak mengaitkan nama Perdana Menteri Malaysia itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dana pelaburan kerajaan itu.

"Kalau ada mana-mana pihak yang bersalah dalam siasatan ini, mereka perlu dihukum, tetapi yang paling penting ialah dalam dokumen yang telah dikeluarkan itu, perdana menteri tidak dilibatkan dalam siasatan itu.

"Malah, nama perdana menteri langsung tidak disebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tambah Abdul Rahman lagi, siasatan itu adalah saman sivil, penyiasatan sivil kerana Jabatan Kehaiman Amerika Syarikat sedang cuba menyakinkan mahkamah untuk merampas aset itu.

"Jabatan Kehakiman Amerika hanya menyiasat aset-aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang yang tidak halal," katanya. - Bernama

Sumber : Bernama




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP