Kuala Lumpur: Pelakon veteran Tamam Idris, 77 meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, jam 11.50 malam tadi.
Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 22 Jun lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
Anak keduanya, Norlie, 42, ketika dihubungi berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga termasuk isteri, anak-anak dan menantu.
Menurut Norlie, arwah mula tenat sejak jam 9 malam semalam apabila berlaku pendarahan dalam perutnya.
"Doktor memaklumkan keadaannya semakin kritikal selepas darah tidak berhenti keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.
“Biarpun pihak hospital memberikan ubat untuk mendapatkan tekanan darah kembali normal, tetapi keadaan ayah tetap tidak menunjukkan perubahan. Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima kematian ayah pada hari kedua Syawal,” katanya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai sebelum solat Jumaat hari ini.
Selain drama persilatan, Tamam juga dikenali menerusi drama Seorang Tua Di Kaki Gunung pada 1980-an.
Arwah meninggalkan seorang isteri, Mariaty Hussein dan enam cahaya mata.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment