KEPALA BATAS: Penduduk kampung Permatang Tiga Ringgit gempar apabila terlihat sebuah helikopter yang tiba-tiba mendarat di kampung mereka iaitu di kawasan lapang berhampiran sawah padi di sini, lapor Sinar Harian.
Keadaan ini membuatkan orang kampung dan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan berhenti mengerumuni helikopter berkenaan.
Pelbagai spekulasi mula timbul, ada yang mengatakan helikopter berkenaan mendarat cemas dan menjadi buah mulut setempat sehingga tersebar di media sosial, namun telahan mereka ternyata meleset apabila cerita sebenar bukan seperti yang disangka.
Seorang penduduk, Maznah Aznan, 70, memberitahu helikopter tersebut sebenarnya mendarat untuk mengisi minyak dan mengambil adiknya untuk ke sebuah lokasi di Kedah.
"Adik saya dia bekerja dengan syarikat balak, dia tinggal di Batu Kurau, helikopter itu turun untuk mengisi minyak dan mengambilnya untuk ke sebuah lokasi.
"Dia telefon awal lagi pada saya, katanya dia akan naik helikopter itu di sini, jadi bila ramai orang yang bercerita, saya buat tak kisah saja, tapi tak sangka berita ini tersebar secepat ini," katanya.
Lori menghantar minyak untuk helikopter berkenaan
Pihak Sinar Harian telah menemubual penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar berkata ketika itu dia baru balik dari sawah.
"Saya lalu jalan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, masa tu lebih kurang jam 12 lebih, terkejut juga tiba-tiba ada helikopter mendarat di sini.
"Saya tak berani nak jangka apa-apa, tapi ini kali pertama kejadian yang berlaku di kampung ini,"katanya.
Helikopter berkenaan difahamkan milik sebuah syarikat yang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Kedah mendarat di kawasan itu untuk mengambil rakan mereka dan mengisi minyak di mana 15 mini kemudian pesawat itu telah beredar. - Siakapkeli.my
Pihak polis turut datang ambil keterangan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment