ANKARA: Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Jumaat, dengan tentera mengambil alih kuasa di jalanan Ankara dan Istanbul sambil Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar mengatakan pihak yang bertanggungjawab akan menerima "tindakan yang sangat keras".
Beberapa jet terbang rendah di ibu negara, manakala rakyat bergegas pulang ke rumah untuk keselamatan mereka.
Koresponden AFP melaporkan satu letupan kuat di Ankara tidak lama sebelum jam 1:00 pagi (2200 GMT), walaupun belum jelas buat waktu ini apa yang menyebabkan letupan itu.
Ketua tentera Turki, Hulusi Akar, telah ditahan di ibu pejabat tentera di ibu negara selepas percubaan untuk menjatuhkan kerajaan itu, lapor agensi berita Anadolu.
Penyiar negara TRT berkata, tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan yang ditandatangani satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Council for Peace in the Homeland (Majlis Keamanan di Tanah Air).
"Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhannya," menurut satu kenyataan tentera yang dipetik media Turki.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment