Pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah membimbangkan memandangkan peranannya dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan berhubung 1MDB, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata pelantikan itu bermaksud SPRM mungkin tidak akan membuka semula fail ke atas Najib dan kaitannya dengan cabang pelaburan negara yang bermasalah itu.
"Pelantikan Dzulkifli menjadi perhatian. Dia berada dalam pasukan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang membersihkan perdana menteri daripada semua dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan SRC (International) dan ternyata bahawa dia telah dipilih untuk sebab ini.
"Ia akan kelihatan bahawa fail-fail ini sekarang akan kekal tertutup rapat di SPRM walaupun berdepan tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," kata Ambiga kepadaMalaysiakini hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam itu merujuk kepada tindakan undang-undang DOJ yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana disalahgunakan daripada 1MDB.
Katanya, beliau juga sangat mengambil berat mengenai SPRM sekarang apabila tiga pegawai atasannya meninggalkan agensi itu hampir serentak.
Pendahulu Dzulkifli, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali telah berjaya mengukuhkan suruhanjaya itu, katanya.
Mereka bekerja dengan baik bersama masyarakat sivil dalam perjuangan mereka menentang rasuah, katanya.
Beliau juga mempersoalkan rasional tidak melantik Mustafar, yang dikatakan adalah "calon yang ketara" memandangkan beliau telah berkhidmat dengan SPRM selama kira-kira 35 tahun.
- mkini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment