HOUSTON: Sekumpulan lapan banduan bergari di Texas merempuh keluar dari sel mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang pengawal penjara yang diserang sakit jantung. Mereka dikurung dalam sel di Bangunan Mahkamah Daerah di bandar raya Fort Worth ketika kejadian.
Satu-satunya pengawal yang ditempatkan bersebelahan sel berkenaan berjenaka dengan banduan terbabit apabila beliau tiba-tiba rebah disebabkan degupan jantung terhenti, lapor Daily News.
Tahanan kemudian mula menjerit meminta bantuan tetapi tiada siapa di tempat berhampiran. Ketika itu, salah seorang banduan berjaya memecahkan pintu sel dan kumpulan berkenaan mendekati pengawal berkenaan yang rebah tanpa denyutan nadi.
Mereka terus menjerit meminta tolong dan mula mengetuk pintu dalam usaha terdesak menarik perhatian seseorang datang ke sel itu.
Pegawai lain yang berada di tingkat atas mahkamah mendengar bunyi bising dan bergegas turun, menyangka mereka bergaduh sesama sendiri.
"Saya tidak terfikir untuk tidak membantu sama ada beliau ada senjata atau lencana. Jika beliau jatuh, saya akan membantunya," kata seorang banduan, Nick Kelton, kepada stesen 11 WFAA TV.
Apabila pegawai lain akhirnya tiba, mereka mengurung semula banduan dan menghubungi perkhidmatan kecemasan dan memulakan kaedah bantuan pernafasan (CPR) ke atas pengawal berkenaan.
Kunci sel berkenaan diperkukuhkan selepas banduan terlepas demi melakukan kebaikan, menurut laporan. - AGENSI
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment