Thursday, 21 July 2016

DOJ: Bintang 'Wolf of Wall Street' berjudi dengan anak tiri Najib



Jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz, dan pelakon utama filem Hollywood 'The Wolf Of Wall Street', kata Jabatan Kehakiman (DOJ)

Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong.

"Pada atau kira-kira 15 Julai 2012, Low mengeluarkan jumlah tunai AS$ 1,150,090 di Kasino Venetian.

"Beberapa individu berjudi bersama Low pada ketika itu, dengan menggunakan akaunnya. Mereka termasuk Aziz; pegasas Red Granite, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street' (Pelakon Hollywood 1); dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB," kata DOJ.

Walaupun tidak menamakan "Pelakon Hollywood 1", dokumen itu bagaimanapun berkata individu berkenaan memenangi anugerah Golden Globe pada tahun 2014 untuk peranannya dalam 'Wolf Wall Street'.

Ini jelas merujuk kepada bintang Hollywood, Leonardo di Caprio, yang memenangi kategori Pelakon Terbaik - Muzik atau Komedy semasa Golden Globe 2014.

Pencalonan Golden Globe lain untuk 'Wolf of Wall Street' adalah untuk kategori Filem Terbaik- Muzik atau Komedy, yang ia tidak menang.

- malaysiakini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP