Saturday, 19 April 2014

Erma Fatima Rela Masuk Neraka Kerana Isu Berkemban



DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.

Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya kepada The Rakyat Post.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Haji Jamaludin Haji Ariffin 19 April 2014 at 16:13  

Dengan Nama Allah SWT
Dua wanita sama jenis tapi berlainan madah ... Apakah kata kata simbolik atau kiasan kita dah mula menuduh salah bicaranya ???

(1)Rabiah Al Adawiyah pernah berkata
""Ya Tuhan, aku rela masuk ke neraka-Mu, asal Engkau ridha.""

(2) Erma Fatimah berkata
""Andai Kemban membawa ku ke Neraka , aku redha ""

Word of ARTs je ??? jatuh kufur ke??

kamil salleh 25 April 2014 at 00:16  

Erma Fatima tak patut berkata begitu..rasanya lebih baik ia diam saja. Tak perlulah berhujah berkaitan agama, pasti ramai ustaz2 akan mempertahankan bahawa ia tetap haram.

Nukui Hanza 12 May 2014 at 23:18  

Izinkan saya memberi pendapat yg berbeza..saya nak tahu apa yg nak dimalukan?..kalau anda dilahirkan dlm budaya misoginis mcm budaya arab dan parsi maka memang budaya melayu SEBENAR akan dipandang jijik.

pemakaian kain kemban adalh sebhagaian budaya kita..tetapi setelah sekian lama akibat doktrin membenci budaya sendiri ditanam dlm diri melayu dan inilah hasilnya..SEGAN NAK HIDUP MATI TAK MAHU.

kebanyakan ciri budaya berpakaian melayu SEBENAR mengikuti keadaan persekitaran iklim khatulistiwa yg panas dan lembap..nilah iklim tanah air org melayu..maknanya kain yg dipakai sudah tentu tidak sama byk dgn penduduk beriklim panas dan kering berdebu seperti di padang pasir.

kita perlu juga ambil kira faktor seni warisan etika atau tatacara berpakain..cara ikat kain kemban pun ada tertibnya..adakah anak muda melayu kita semua tau cara dan seninya...atau merasakn ianya sesuatu yg remeh..itulah yg saya kata..kita patut hargai budaya melayu kita busana kita.

jika alasan aurat(kemaluan) yg digunakan..ini pandangan saya..kita bukan berbogel nak menunjuk kemaluan..kita ada kain ciptaan rekaan nenek moyang kita iaitu batik atau kain serasah bagi org kebykan dan songket utk gol bangsawan dan pembesar..utk dipakai dgn cara kita..ini lokalgenius..nak dimalukan apenya?kemaluan masih tertutup.

saya bukan nak berckp pasal agama secara berlebihan cukup sekadar menyampaikan pendirian saya..jadi biarlah saya berckp pasal realiti budaya sendiri saja..

jgn memaksa melayu jadi arab atau parsi...erma bukan buat filem lucah pun..dari segi busana ia memainkan peranan menghidupkan jalan cerita pada zaman itu..tak kan suruh dorang bertudung jubah?..realitinya fesyen sebegitu hanya popular setelah 1980-an..jgn di ubah ciri-ciri melayu itu..inilah salah satu kerja filem memaparkan realiti dan menyampaikan gambaran budaya melayu kita..suatu ketika dahulu..soal dosa biarkan antara mereka dan tuhan..sudahlah filem sejarah kita sedikit..apabila dibuat secara profesional dgn kajian yg teliti mengikut sejarah sebenar ada saja yg menghalang...filem rempit dgn bermcm adegan ganas dan lucah tak lupa juga gengster yg asyik berckp mcm apek bahasa melayu pun dah mcm sampah dibuatnya..yg tu takde pulak nak halang dan kecam..apalah nak jadi dgn melayu ni.

tentang pandangan ust asri kita berterima kasih atas pandangan itu, cuma kenapa beliau mengunakan filem iran sebagai contoh..kita bukan org parsi..budaya melayu dgn parsi berbeza walaupun budaya parsi ada memberikan pengaruh dlm budaya melayu..tapi tak sepenuhnya..lagi pulak bukankah dia antara org yg tak suka syiah..pegangan utama org parsi..kenapa pulak skrg nak berckp kita patut ambil contoh filem iran?..ini dah bercanggah dgn pendirian dia sendiri sebelum ni

jadi sebelum ada yg akan menghukum saya megkafirkan saya..dan akan mengunakan nama nabi dan allah utk menguatkan pedpt terserah..bagi saya org agama bukan ahli pasal filem atau budaya melayu SEBENAR..anda bukan ahli dlm bidang ini..anda nak jadi arab silakan..anda nak jadi prang barat silakan..tiada siapa yg halang..tapi janganlah halang org lain menghargai budaya melayu.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP