Wednesday 2 April 2014

UK hantar kapal selam HMS Tirelesss bantu mencari MH370

Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lalu, di Lautan Hindi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang kini berada di Hawaii berkata, maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa.

Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.


"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya di Honululu, hari ini.

Hishammuddin tiba di sini pada Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.

Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.

Para pemerhati berkata, ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.

Tambahan pula, UK menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian .

"Saya berharap setiap orang akan mendoakan semua aset yang kita ada boleh mengenal pasti objek yang dikesan oleh satelit dalam pencarian penerbangan MH370," kata Hishammuddin.

Satu operasi melibatkan pelbagai negara digerakkan bagi mencari pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian selepas didapati pesawat itu melencong dari laluan asal, pencariannya beralih di sepanjang dua koridor -koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK merumuskan penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ditengah Lautan Hindi , ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac, selepas 17 hari kehilangan pesawat itu, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Pencarian diteruskan di sana.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, berkata Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK, Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Hishammuddin menerusi telefon semalam.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan Hindi untuk membantu misi pencarian itu, katanya.

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.

Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," kata kenyataan itu.

Katanya, UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu.

Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. - tmi

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP